Kelas Usahawan Online & Advokasi KDB

8 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 9 orang peserta yang terdiri daripada pelajar lepasan SPM & STPM. Kelas ini telah diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PI Machan.

Objektif kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk mendidik para peserta mengenai ilmu keusahawanan (usahawan muda). Selain itu, peserta didedahkan kepada motivasi usahawan Berjaya dan dipersiapkan mengenai pendedahan elemen keusahawanan dalam menceburi bidang perniagaan mengikut bidang yang diminati. Peserta diberi pendedahan mengenai usahawan online.

Akhir sekali peserta telah diberi taklimat ringkas Advokasi Klik Dengan Bijak Teknologi & Anda. Ia bertujuan mendidik peserta supaya bijak menggunakan teknologi dengan positif untuk berhubung dengan orang lain, menghormati konsep privasi dan kebebasan bersuara di dunia digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali